Didalam percakapan bahasa English didunia ini, dimana doctrin
trinity telah tersebar denganluasnya, ada
orang tertarik dengan menggunakan
bentuk jamak bagi Allah didalam Quran.Mesej yang sangat mengkagumkan bagi
Quran, yang tidak sama sekali boleh dikompromikan ialah
ALLAH ADALAH SATU
(2:133, 163; 4:171; 5:73; 6:19; 9:31; 12:39; 13:16; 14:48, 52; 16:22, 51;
18:110; 21:108; 22:34; 37:4; 38:65; 39:4; 40:16; 41: 6; 112:1).
Apabila
saja orang yang pertama digunakan dalam bentuk jamak oleh yang Maha Berkuasa,
ianya sentiasa menunjukkan entiti bahwasanya yang lain telah mengambil bahagian,
umpamanya para malaikat. Sebagai contoh, revelasi Quran ini melibatkan malaikat
Jibril dan nabi Muhammad. Lantaran itu, penggunaan bentuk jamak diayat 15:9:
Kami yang turunkan kitab ini, dan kamilah yang
akan memeliharanya. Bentuk jamak disini menunjukkan bahwa malaikat
Jibril dan nabi Muhammad mengambil bahagian dalam proses penyampaian
Quran.
Contoh
yang lain ialah berkaitan dengan meniupkan roh didalam tubuh Adam dan Isa.
Penciptaan Adam mengambil tempat didalam Syurga dan Allah sendiri meniupkan
roh didalam tubuhnya. Lantas, orang pertama berbentuk mufrad dengan konsistennya:
Aku tiupkan kedalam tubuh Adam dari
rohKu (15:29, 38:72). Ciptaan Isa pula, mengambil tempat dibumi
dan Jibril membawa mesej Allah perkataan kepada Mary. Bentuk jamak
telah konsistennya digunakan apabila mengatakan tentang penciptaan Isa (21:91,
66:12).
Apabila
Allah sendiri berkata kata kepada Musa, dengan tidak ada pengantaraan dari
para malaikat, kita lihat yang Allah telah berkata eksklusifnya didalam bentuk
mufrad: Aku adalah Allah. Tidak ada tuhan yang
lain disampingKu. Kau mestilah menyembahKu Sahaja, dan sentiasa mengerjakan
sembahyang (Salat) untuk mengingatiKu. (20:12-14).
Apabila
saja perintah menyembah Allah disebutkan, bentuk mufrad telah digunakan
(51:56).